Bekas kakak ipar Ira Kazar mohon maaf pada Puteri Sarah

Bekas kakak ipar Ira Kazar mohon maaf pada Puteri Sarah, kes selesai

puteri sarah
Kes saman fitnah Puteri Sarah selesai secara baik apabila bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan, membuat permohonan maaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Puteri Sarah selesai secara baik apabila bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan, membuat permohonan maaf.

Dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur pada Jumaat. Puteri  Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerima permohonan maaf itu.

Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abd. Kadir manakala Wiwi diwakili Ammar Ghiq selaku defendan.

Wiwi membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Sarah selain mengakui kesal dengan segala tohmahan di lemparkan menerusi Instagram pada 24 Ogos 2023.

Bukan itu sahaja, Wiwi juga bersetuju untuk akur dengan syarat memuat naik permohonan maaf di laman sosial dalam tempoh tujuh hari di samping berjanji
tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform.

“Pihak mereka sudah menghubungi kami selama beberapa bulan dan kami terima tawaran yang diberikan untuk menyelesaikan kes secara baik sebab dia sudah rasa insaf dan kesal.

“Pihak defenden juga bersetuju memuat naik pemohonan maaf serta menarik balik enam tuduhan m dikeluarkan. Apa yang penting dia sedar bahawa apa yang dikatakan itu tidak berlaku,” kata Akberdin kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN