Beasley bidas kredibiliti UCI

Beasley bidas kredibiliti UCI

John Beasley akan terus memberi sokongan padu kepada Azizulhasni Awang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley mengkritik kepimpinan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) susulan pembatalan penyertaan Datuk Azizulhasni Awang serta kehilangan pingat gangsa Muhammad Shah Firdaus Sahrom pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Jurulatih kelahiran Australia itu turut membidas presiden UCI, David Lappartient yang dianggap tidak mengambil berat terhadap atlet berbasikal trek ketika saingan di Paris.

Tambahan pula, kepemimpinan UCI jelas berat sebelah berikutan memuktamadkan keputusan yang tidak konsisten yang dibuat oleh pihak komisar terutamanya semasa perlumbaan berlangsung.

“Mereka (UCI) tidak konsisten. Kami berlumba pada acara sukan terbesar di duni namun mereka mengadili sukan kami secara tidak adil dan tiada budi bicara.

“Biarpun mereka bertanggungjawab mengadili dalam membuat peraturan dan keputusan, namun kebanyakan daripadanya tidak memahami sukan ini (berbasikal trek).

“Saya percaya mereka kerana tidak pernah berlumba dan merasai bagaimana menunggang basikal selaju 80 kilometer sejam,” kata Beasley.

Jelas Beasley dengan berangnya akan memperpanjangkan isu ini ketika Kejohanan Dunia yang akan berlangsung pada Oktober ini.

JOHN Beasley (kiri) bersama Azizulhasni Awang.

Menurutnya, beliau juga berharap Malaysia tidak lagi mengundi Lappartient berikutan kredibiliti yang kurang memuaskan.

“Hanya 47 negara akan membuang undi untuk presiden UCI. Jika Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) bekerjasama tidak memperoleh undinya, dia (Lappartient) tidak akan menang.

“Jadi jika ACC sebulat suara, mereka (UCI) saya yakin mereka ‘melihat’ isu sebenar. Bukan hanya kami satu-satunya membuat aduan,” jelasnya.

Terdahulu, ketika final keirin lelaki, Shah Firdauss disingkirkan dan beralih ke kedudukan keenam meskipun menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas bangkit meneruskan saingan biarpun terjatuh.

Insiden itu berlaku akibat dihimpit pelumba Jepun, Shinji Nakano ketika Shah Firdaus dalam kedudukan terbaik untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan pingat gangsa.

Azizulhasni turut berdepan perkara sama apabila dibatalkan penyertaan seawal saringan pertama acara keirin selepas didakwa memintas pacer terlalu awal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya