BAM putuskan masa depan Sze Fei, Izzuddin minggu depan

BAM putuskan masa depan Sze Fei, Izzuddin minggu depan

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tinggalkan BAM awal bulan depan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan penilaian secara menyeluruh sebelum keputusan muktamad diambil berhubung hasrat beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meninggalkan badan induk badminton negara itu.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, persetujuan daripada Ahli Majlis BAM perlu diperoleh terlebih dahulu dan keputusan akan dibuat pada pertengahan bulan ini.

“Kita perlu dapatkan keputusan daripada Ahli Majlis dan buat masa ini, mereka akan menjalani latihan seperti biasa.

“Malah, Sze Fei-Izzuddin juga akan menyertai kejohanan di Jepun dan Korea Selatan di bawah naungan BAM,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, beregu No. 13 dunia itu mengejutkan ramai pihak apabila membuat keputusan untuk meninggalkan BAM dan sekali gus, mengikut jejak langkah pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Sze Fei-Izzuddin yang pernah berpisah pada Januari tahun lalu sebelum kembali bergandingan semula enam bulan selepas itu dikatakan menerima tawaran daripada jenama luar.

Beregu itu merupakan pasangan No. 2 negara di belakang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdasarkan ranking dunia mereka pada ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN