Azizulhasni harapan terakhir

Azizulhasni harapan terakhir

SHAH Firdaus Sahrom dan Azizulhasni Awang (kiri) akan turun dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Debaran rakyat Malaysia bermula hari ini untuk menyaksikan jaguh berbasikal trek negara, Datul Azizulhasni Awang membuka kayuhan bagi acara kegemarannya keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman akan turun beraksi bersama seorang lagi pelumba harapan negara, Shah Firdaus Sharom dengan impian untuk membutirkan pingat emas pertama negara.

Dalam dua edisi terakhir Sukan Olimpik, Azizulhasni tidak pulang dengan tangan kosong dalam acara keirin selepas meraih gangsa pada Rio 2016 serta perak pada Tokyo 2020 dan kali ini kilauan emas menjadi sasaran.

Kedua-dua pelumba negara itu akan turun beraksi dalam peringkat saringan pada pukul 11.20 malam ini waktu tempatan dan pastinya mereka mempunyai cukup tenaga selepas ‘merancang’ strategi ketika tersingkir awal dalam acara pecut.

Pentas Olimpik Paris juga menjadi medan terakhir untuk atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi di pentas terbesar dunia itu dan pastinya beliau mengidamkan penamat gemilang untuk dipahat dalam sejarah negara.

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek, John Beasley juga cukup yakin anak didiknya itu mampu menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat kontinjen negara selepas melihat prestasi kayuhan yang dipamerkan dalam acara pecut.

“Paling penting kami dapat kelajuan yang diperlukan untuk menang. Jadi, siapa pun dalam saringan kami (dalam acara keirin) dan pelumba mana pun di trek nanti, kami yakin mempunyai kelajuan untuk melakukannya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya