PETALING JAYA: Raja pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi tidak berhasil mempamerkan larian terpantasnya apabila gagal melayakkan diri ke aksi separuh akhir 100 meter (m) lelaki Olimpik Paris 2024, sebentar tadi. Azeem sebelum itu berjaya meloloskan diri pada pusingan kelayakan saringan pertama selepas menduduki tempat kedua dengan catatan 10.42 saat (s). Namun catatan itu tidak menunjukkan peningkatan pada pusingan pertama apabila beliau sekadar menamatkan saingan di tempat terakhir dengan catatan 10.45s. Bermula di lorong kelapan, permulaan Azeem menyaksikan beliau sedikit goyah di blok permulaan mengakibatkan keseimbangannya terganggu. Pelari Kenya, Ferdinand Omanyala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya