Azeem tamat saringan 1 di tempat kedua, layak ke pusingan pertama

Azeem tamat saringan 1 di tempat kedua, layak ke pusingan pertama

MUHAMMAD Azeem Fahmi (tengah) bersama Ebrahima Camara (kanan) ketika bersaing dalam acara saringan pertama 100 meter (m) lelaki di Stadium Stade de France, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi melepasi saringan pertama pusingan kelayakan acara 100 meter (m) lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi. Beliau mencatat 10.42 saat (s) sekali gus menduduki tempat kedua di belakang pelari Gambia, Ebrahima Camara dengan masa 10.29s. Atlet Singapura, Marc Brian Louis menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan 10.43s. Menurut format kejohanan hanya dua pelari teratas setiap saringan pusingan kelayakan dan empat terpantas seterusnya bakal melayakkan diri ke pusingan pertama. Pemegang rekod kebangsaan 10.09s itu dijadualkan memulakan cabaran pusingan pertama pada pukul 5.45…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya