Ariana timba ilmu untuk Olimpik LA 2028

Ariana timba ilmu untuk Olimpik LA 2028

ARIANA Nur Dania Mohamad Zairi ketika beraksi dalam pusingan penyingkiran memanah individu wanita  semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Esplanade des Invalides, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet memanah negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pada penampilan sulungnya di Olimpik Paris.

Bagaimanapun, Ariana meluahkan rasa kecewanya berikutan keyakinan untuk mempersembahkan panahan terbauk apabila tewas kepada atlet dari Itali, Chiara Rebagliati.

Justeru, pemanah cilik berusia 19 tahun itu menganggap pengalaman yang ditimba dalam Olimpik Paris sangat berharga untuk meningkatkan prestasinya pada Olimpik Los Angeles 2028.

“Banyak pengalaman dan pengajaran yang saya terima untuk meningkatkan prestasi saya. Mungkin rezeki saya pada Olimpik seterusnya.

“Saya berpuas hati dengan prestasi dalam Olimpik pertama saya. Saya pun lambat melayakkan diri (Paris). Jadinya persiapan itu dalam tujuh bulan sudah cukup bagus untuk saya ke sini.

“Saya akur dengan keputusan namun saya masih kecewa kerana saya mampu buat lebih baik daripada ini,” kata Ariana.

Ariana menyajikan saingan sengit dan hampir mengejutkan bekas juara dunia 2022 itu sebelum tewas 5-6 menerusi shoot-off.

Ketika penentuan shoot-off itu, Ariana terpaksa menelan pahit apabila Rebagliati melakukan panahan tepat mendapat 10 mata manakala Ariana sekadar mendapat 9 mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya