Aniq miliki potensi besar- Hannah Yeoh

Aniq miliki potensi besar- Hannah Yeoh

HANNAH Yeoh bercakap dengan Mohamad Aniq Kasdan selepas acara angkat berat,Sukan Olim Paris 2024. IHSAN FB HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan berpeluang menebus kehampaan di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan melakukannya di temasya Los Angeles 2028 (LA2028).

Aniq akan mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menghadapi temasya terbesar dunia yang akan berlangsung empat tahun lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau bangga dengan semangat juang ditunjukkan Aniq dalam acara angkat berat kategori 61 kilogram (kg) lelaki di Paris 2024, malam tadi.

Dalam saingan itu, atlet berusia 22 tahun itu hampir melakar kejutan, namun terlepas meraih pingat dengan perbezaan 1 kg dengan pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Hampton Morris.

Walaupun hanya berpuas hati di tempat keempat, pemenang pingat emas Sukan Komenwel Birmingham 2022 itu berjaya memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan angkatan keseluruhan 297kg.

“Melangkah ke hadapan, saya telah bercakap dengannya (Aniq) hari ini bahawa RTG (Program Road To Gold) berikrar sokongan penuh untuk dia mendaki lebih tinggi, mengangkat lebih berat dan menjadi lebih kuat.

“Dia masih muda dan boleh menjadi pencabar hebat serta prospek yang baik untuk membawa pulang emas pada 2028.

“Saya percaya pada Aniq dan dia memberi inspirasi kepada negara kita hari ini. Saya pasti ramai anak muda kini ingin meneroka sukan angkat berat,” kata Hannah di laman Facebook miliknya.

Terdahulu, pingat emas acara itu dimenangi Li Fabin dari China dengan jumlah angkatan 310kg (143kg, 167kg) manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan 303kg (132kg, 171kg) dan Morris dengan angkatan 298kg (126kg, 172kg).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya