Allianz Malaysia, MSN kekal bekerjasama taja atlet para negara

Allianz Malaysia, MSN kekal bekerjasama taja atlet para negara

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Allianz Malaysia Berhad hari ini mengumumkan lanjutan kontrak penajaan selama empat tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Majlis Sukan Negara (MSN) dan Allianz Malaysia Berhad hari ini mengumumkan lanjutan kontrak penajaan selama empat tahun bagi program pembangunan atlet para negara dari 2025 hingga 2028.

Kontrak baharu ini menegaskan komitmen berterusan Allianz yang telah menjadi rakan penaja MSN sejak 2022, di mana syarikat itu akan terus berperanan sebagai rakan strategik dan penaja utama bagi temasya seperti Sukan Para ASEAN 2025 dan 2027, Sukan Para Asia 2026, serta Sukan Paralimpik 2028.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, lanjutan kontrak ini membuktikan kejayaan kerjasama antara MSN dan Allianz.

“Penajaan ini akan membiayai latihan dan persiapan atlet para untuk menghadapi temasya sukan utama dunia yang akan datang. Kami berterima kasih kepada pengurusan dan warga kerja Allianz Malaysia Berhad,” katanya.

Pengumuman ini hadir ketika Kontinjen Para Malaysia bersiap untuk Sukan Paralimpik 2024 di Paris, mencerminkan keyakinan Allianz terhadap keupayaan atlet para negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang menyatakan kebanggaan Allianz dalam meneruskan penajaan ini.

“Atlet para Malaysia telah membuktikan kehebatan mereka, dan kami yakin mereka mampu mengharumkan nama negara di Paris 2024. Allianz juga menyediakan insurans perjalanan kepada semua Kontinjen Para Malaysia,” ujarnya.

Melalui perjanjian ini, Allianz akan turut menaja sirkit pertandingan para dan meneruskan program ‘Allianz MoveForward’ yang membantu atlet para mencari laluan kerjaya baharu selepas bersara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya