PETALING JAYA: Atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mendapat durian runtuh apabila memenangi AS$50,000 (RM225,000) selepas menjuarai kategori catchweight muay thai dalam ONE Championship. Petarung berusia 19 tahun itu menewaskan lawannya Zakaria El Jamari dari Maghribi secara KO atau ‘knock out’ pada pusingan pertama di Bangkok, Thailand, hari ini. Aliff dilihat melakukan tendangan menggunakan kaki kanan mengenai belakang kepala Zakaria sebelum melakukan asakan dan melepaskan tumbukan tangan kanan sehingga menyebabkan lawan membuat keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan. Sebagai rekod Aliff pernah mencipta sensasi apabila meraih kontrak ONE…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya