Aku tak kuat, Ya Allah - Aufahanie - Utusan Malaysia

Aku tak kuat, Ya Allah – Aufahanie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Aku tak kuat, Ya Allah.”

Demikian perkongsian penyanyi, Aufahanie yang masih terkejut dengan pemergian abangnya yang juga penyanyi, Nidza Ahfam yang ditemukan di Sungai Klang malam tadi.

Dalam perkongsian lain, Aufahanie turut meluahkan rasa hiba dan ‘sakit’ kerana kehilangan abangnya yang sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar bersenam Selasa lalu.

“Ya Allah, hibanya hati. Sakit,” ujarnya.

Penyanyi Geming Rindu itu turut berterima kasih kepada warganet yang tidak putus-putus melayangkan doa dan kata-kata penguat semangat kepada dia serta keluarga.

“Terima kasih semua orang. Sebab sayang abang saya. Terima kasih. Saya sayang abang saya, sangat,” ujarnya.

Nidza atau nama penuhnya Muhammad Nidza Ahfam dilaporkan hilang selepas keluar bersenam di Stadium Klang, Selangor sekitar pukul 11.53 malam Selasa lalu.

Namun teka teki kehilangannya terjawab apabila Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Nidza.

Jenazahnya kini masih ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat yang bermula awal pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya