Air di Nusantara lebih sedap - Utusan Malaysia

Air di Nusantara lebih sedap

BASUKI Hadimuljono mengadakan sidang media di Jakarta, Indonesia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kualiti air minuman yang disediakan untuk majlis sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, adalah lebih baik daripada air botol, kata Pemangku Pihak Pentadbiran Ibu Kota Nusantara (OIKN), Basuki Hadimuljono, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mencuba air dari Loji Rawatan Air Minum Sepaku di Kalimantan Timur, pada 20 Julai lalu.

“Kualiti air dari loji itu memang mengikut piawaian, malah lebih baik daripada air botol biasa,” katanya yang juga Menteri Pekerjaan Awam dan Perumahan Rakyat dalam satu sidang akhbar, semalam.

Katanya, bekalan air minum telah disalurkan ke kawasan Sekretariat Negara termasuk Istana Presiden dan Istana Garuda di Nusantara.

Persediaan bekalan air di Nusantara melibatkan ujian aliran air dari loji berkenaan ke kawasan takungan Nusantara yang terletak pada jarak 16 ki­lometer sebelum disalurkan ke kawasan Pejabat Kementerian Koordinasi 1–4 yang terletak kira-kira 22 kilometer dari situ.

Hadimuljono juga meminta syarikat bertanggungjawab, Suco­fin­­do, menguji semula air minum di kawasan tersebut bagi memastikan kualitinya tidak berubah.

Dalam video yang dikeluarkan oleh pejabatnya, menteri tersebut dalam lawatannya ke loji itu pada bulan lalu dilihat menadah air dari paip ke dalam sebuah gelas dan terus meminumnya.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya