AFC perlu masa siasat FAM, MFL

AFC perlu masa siasat FAM, MFL

AFC memerlukan masa untuk melakukan siasatan secara mendalam terhadap FAM dan MFL.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak mahu tergesa-gesa untuk menghukum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Windsor Paul John berkata, pihaknya memerlukan masa untuk melakukan siasatan terperinci terhadap FAM dan penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu.

“Siasatan baru bermula pada minggu lalu. Proses ini tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

WINDSOR PAUL JOHN

Sebelum ini, AFC dilaporkan telah membuka kertas siasatan bagi memeriksa jika ada berlaku pelanggaran dalam proses pemberian pelesenan kelab, lesen liga AFC.

Menurut Winsor, sekiranya berlaku pelanggaran seperti yang didakwa. Ia akan memberi kesan besar termasuk tiada wakil Malaysia layak beraksi dalam saingan peringkat Asia.

Siasatan itu dibuka selepas terdapat isu tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlaku terhadap beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sehingga ada pihak mempersoalkan bagaimana lesen kelab diberikan.

Sebelum ini Kuala Lumpur (KL) City FC dilaporkan mempunyai tunggakan gaji selain pembayaran KWSP sejak Februari 2023 yang dianggarkan hampir RM720,000.

Bagaimanapun MFL menerusi Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam kenyataan menjelaskan pemberian lesen kepada KL City FC berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan KWSP sendiri.

Sebagai rekod, Persatuan Bolasepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen dua tahun lalu yang menyebabkan tiada wakil dari negara itu beraksi di pentas Asia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya