Aaron-Wooi Yik terima RM100,000 setiap seorang

Aaron-Wooi Yik terima RM100,000 setiap seorang

HANNAH sebelum ini menyatakan jemaah menteri sebulat suara setuju untuk tidak campur tangan dalam persatuan sukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta sejarah buat pertama kali apabila menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM100,000 setiap seorang.

Sebelum ini, mana-mana acara berpasukan yang membawa pulang pingat dari Olimpik hanya berkongsi ganjaran terbabit.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kerajaan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan untuk memberi ganjaran RM100,000 setiap seorang.

“Ini merupakan kali kedua mereka (Aaron-Wooi Yik) membawa pulang gangsa. Jadi MSN memuktamadkan mahu memberi setiap seorang.

“Semangat juang mereka yang tinggi ketika di Paris, sememangnya layak menerima ganjaran itu setiap seorang,” kata Hannah kepada pemberita ketika Majlis Penyerahan Kenderaan kepada pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menerima geran sebanyak RM150,000 daripada MSN.

Menurut Hannah, pemain berusia 26 tahun itu juga menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) sebanyak RM2,000 seumur hidup bermula minggu depan.

“Zii Jia telah diberi geran RM50,000 sebelum Sukan Paris sebagai persiapan beliau. dan dia akan diberi tambahan RM100,000 di bawah MSN.

“Selepas Olimpik berakhir, beliau menerima tambahan geran sebanyak RM100,000,” jelas Hannah.

Aaron-Wooi Yik dan Zii Jia turut membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV) Cherry bernilai RM123,800 setiap seorang selepas meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN