Aaron-Wooi Yik kekal bersama BAM sehingga 2028

Aaron-Wooi Yik kekal bersama BAM sehingga 2028

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga 2028. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik telah menandatangi kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), hari ini.

Pengumuman berkenaan dibuat BAM menerusi akaun media sosial, Facebook yang menyatakan beregu No. 3 dunia tersebut kekal bersama badan induk badminton negara itu sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjadi saksi sewaktu Aaron dan Wooi Yik menurunkan tanda tangan masing-masing.

Pada penampilan di Paris yang menutup tirai temasya, dua minggu lalu, Aaron-Wooi Yik yang dijadikan sandaran membawa pulang pingat emas pertama negara gagal berbuat demikian apabila sekadar mengekalkan kedudukan gangsa yang pernah diraih mereka pada temasya Tokyo 2020.

Walaupun, gagal menjelmakan pingat emas yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia, Aaron-Woo Yik masih menjadi beregu lelaki terbaik apabila menamatkan penantian negara bergelar selaku juara dunia pada 2022.

Pencapaian tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik muncul sebagai satu-satunya gandingan Malaysia yang menjulang gelaran dunia dalam sejarah badminton tanah air.

Menyimpan impian untuk terus mewakili Malaysia pada LA 2028, Aaron serta Woo Yik perlu bekerja keras bagi memastikan mereka kekal relevan dalam tempoh empat tahun akan datang yang bakal menyaksikan kedua-duanya menginjak usia 31 dan 30 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN