Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal butirkan emas

Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal butirkan emas

WANG Chang-Liang Wei Keng berjabat tangan dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas perlawanan separuh akhir badminton beregu lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de la Chapelle, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk menyaksikan beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia Soh Wooi Yik membutirkan pingat emas pertama negara tidak kesampaian selepas mereka akur kepada gandingan No. 1 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang pada separuh akhir Olimpik Paris, sebentar tadi.

Pilihan kelima itu menjadi sandaran dalam pemburuan pingat emas pertama Malaysia akhirnya tumpas kepada pasangan China 19-21, 21-15, 17-21 di Arena Porte De La Chapelle.

Pada aksi yang mendebarkan itu, kedua-dua beregu memulakan set pertama dengan waspada sebelum saingan kian hangat pada pertengahan perlawanan.

Pasangan China itu saling berkejaran mata untuk melengkapkan kemenangan set pertama 21-19.

Set kedua menyaksikan, Aaron-Wooi Yik mendahului permainan susulan gandingan China itu sering melakukan kesilapan untuk menyaksikan kemenangan berpihak kepada beregu negara 21-15.

Permainan diteruskan dengan set penentuan apabila Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia itu sebelum menamatkan permainan 21-17.

Kini Aaron-Wooi Yik akan bertarung bagi perebutan pingat gangsa iaitu kilauan sama yang pernah dimenangi mereka pada temasya 2020 di Tokyo, Jepun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN