Aaron Chia-Soh Wooi Yik dapat RM125,000 seorang dari BAM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dapat RM125,000 seorang dari BAM

NORZA Zakaria (tengah) mewakili BAM menyampaikan imbuhan kepada beregu No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu No. 3 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima ganjaran lumayan sebanyak RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas membawa pulang pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang menutup tirai temasya, dua minggu lalu.

Ganjaran yang mereka terima itu dua kali ganda lebih banyak berbanding yang Aaron-Wooi Yik terima sewaktu memenangi gangsa pada temasya di Tokyo 2020 iaitu sebanyak RM60,000 seorang.

Aaron berkata, dia sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh BAM selama ini khususnya jasa Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang begitu komited dalam membantu karier mereka berdua.

“Terima kasih kepada BAM yang memberikan kami kegembiraan dan sokongan sepanjang karier kami dan saya amat menghargai ganjaran yang diberi kepada kami, hari ini (semalam).

“Buat Tan Sri Norza, beliau sentiasa menghulurkan bantuan dan dokongan kepada kami seperti kami ini rakan niaga beliau,” kata Aaron.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya