PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia melakar kemenangan sulung dalam aksi Kumpulan G Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menewaskan wakil dari Sri Lanka, Viren Nettasinghe. Juara Terbuka Thailand 2024 itu memerlukan 35 minit sebelum mencipta kemenangan 21-14, 21-12. Kemenangan tersebut membolehkan Zii Jia menduduki tangga teratas kumpulan dan berdasarkan format pertandingan, hanya juara kumpulan acara perseorangan layak ke pusingan 16 terakhir. Selepas ini, pemain berusia 26 tahun itu dijadual bertemu Pablo Abian dari Sepanyol pada aksi terakhir kumpulan, Rabu ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya