Yusri kecewa dengan prestasi dan sikap pemain Perak

Yusri kecewa dengan prestasi dan sikap pemain Perak

YUSRI Che Lah mengakui tidak gembira dengan prestasi dipamerkan pemain-pemainnya ketika menentang Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Perak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas mengharungi lima aksi Liga Super akhirnya pengendali Perak FC, Yusri Che Lah tampil membuka mulut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap anak-anak buah apabila tewas 2-0 kepada Penang FC di laman sendiri kelmarin.

Itu merupakan kekalahan keempat buat Perak FC malah sehingga kini anak-anak buah Yusri masih gagal mendapatkan tiga mata penuh di laman sendiri. Kemenangan tunggal pada aksi liga dicatatkan ketika Bos Gaurus menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0 di tempat lawan.

Yusri yang selama ini sentiasa melindungi anak-anak buahnya walaupun gagal mencatat kemenangan nampaknya tidak dapat membendung rasa kekecewaannya apabila meluahkan tahap kesabarannya sudah melampaui batas.

“Mungkin ini kali pertama saya menyuarakan saya amat tidak berpuas hati dengan corak permainan pemain saya. Selama ini saya tidak pernah menggunakan apa-apa perkataan terhadap pemain saya tetapi tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya.

“Pemain harus dihukum dengan kekalahan ini dan mereka seharusnya malu dengan persembahan sendiri. Sebagai jurulatih saya bertanggungjawab dengan keputusan ini.” katanya.

PENYERANG Penang FC, Neto Oliveira (tengah) dikepung oleh pemain-pemain Perak FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, kelmarin. – IHSAN PENANG FC

Dalam perlawanan tersebut kedua-dua gol Penang FC dijaringkan oleh Neto Oliveira dan Alif Ikmalrizal Anuar masing-masing pada hujung permainan babak pertama dan kedua.

Tambah Yusri, dia amat tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicatatkan oleh pemainnya walaupun dihidangkan peluang dan bekas penyerang skuad kebangsaan itu melihat anak-anak buahnya seperti tidak mahukan kemenangan.

“Saya tak pernah menyuarakan tentang pemain selama ini kerana saya masih mempertahankan mereka tetapi malam ini saya minta maaf. Apa yang mereka tampilkan mereka seperti tidak mahu kemenangan.

“Saya rasa itu yang dipamerkan kepada penonton dan penonton bukan tidak bijak untuk menilai. Pemain patut menyesal sebelum permainan bukan selepas apa yang mereka tampilkan,” katanya lagi.

Katanya lagi, keyakinan pemain menjadi faktor utama kepada kekalahan tersebut apabila pemain tidak mempunyai keberanian untuk mengawal permainan serta melepaskan bola kepada lawan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya