BERLIN: Bintang remaja Sepanyol, Lamine Yamal memperkenalkan teman wanitanya kepada umum dan mengakui wanita itu merupakan sumber inspirasi kemenangan 2-1 negaranya ke atas England pada final Euro 2024.
Bintang muda Sepanyol itu menjulang trofi kejohanan utama antarabangsa pertama kariernya hanya sehari selepas menyambut hari jadi ke-17.
Teman wanitanya, Alex Padilla turut menyertai Yamal meraikan kejayaan itu ditengah padang dan bergambar bersama dengan trofi Pemain Muda Terbaik Kejohanan.
Padilla, pempengaruh media sosial dengan lebih 400,000 pengikut di TikTok, menyokong teman lelakinya dengan menyarung jersi Sepanyol yang tertulis nama dan nombornya di belakang.
DIa juga telah menghadiri beberapa perlawanan Sepanyol pada Kejuaraan Eropah dan dilihat berada dalam kalangan keluarga Yamal. – AGENSI