Warga asing pulangkan RM10.46 billion, pengubahan wang haram

Warga asing pulangkan RM10.46 bilion, kes pengubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang warga asing mengaku bersalah dalam kes pengubahan wang haram bernilai AS$3 bilion (RM10.46 bilion) di negara ini dan dihantar pulang ke United Kingdom.

Tertuduh, Wang Dehai, antara 10 warga asing yang didapati bersalah selepas menjalani 11 bulan hukuman penjara di Singapura.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberitahu The Straits Times (ST), Wang, 35, dilarang daripada memasuki semula Singapura.

Warga Cyprus yang berasal dari China, dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan pada Jun, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pengubahan wang haram.

Dia bersetuju lebih AS$49 juta asetnya dirampas.

2 Julai lalu, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Sun Xueling berkata, mereka yang mempunyai pelbagai pasport boleh memohon mana-mana negara yang mereka ingin dihantar pulang.

Pengusiran Wang bermakna sembilan daripada 10 yang disabitkan dalam kes pengubahan wang haram terbesar Singapura telah meninggalkan negara ini.

Mereka dihantar pulang ke Kemboja selepas menjalani kira-kira lapan bulan setengah daripada hukuman penjara 13 bulan mereka.

Su Baolin dan Su Haijin masing-masing dihantar pulang ke Kemboja pada 25 dan 28 Mei, manakala Vang Shuiming dihantar pulang ke Jepun pada 1 Jun.

Su Baolin dan Su Haijin masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 bulan pada April.

Vang dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan enam minggu, Mei lalu. Ketiga-tiga lelaki itu masing-masing telah menjalani hukuman penjara selama sembilan setengah bulan.

Chen Qingyuan, Zhang Ruijin dan Lin Baoying dihantar pulang ke Kemboja pada 15 Jun. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan menjalani hukuman selama 10 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya