PARIS: Seorang pemain pasukan ragbi tujuh sebelah Jepun mendakwa barang kemas dan wang tunai telah dicuri dari biliknya di Perkampungan Sukan di temasya Olimpik Paris 2024.
Perkara itu telah dilaporkan oleh agensi berita Kyodo.
Susulan kecurian itu, pemain tersebut telah membuat laporan polis sehari kemudian selepas mendapati cincin perkahwinan, rantai leher dan wang tunainya hilang ketika kembali ke bilik penginapan.
Terdapat banyak laporan mengenai kecurian yang berlaku di Perkampungan Sukan.
Jawatankuasa Olimpik Jepun sekali lagi memberi amaran kepada atlet dan kakitangan pasukan supaya berhati-hati dengan barang berharga mereka susulan insiden itu.-AGENSI