Virus Chandipura di India meningkat - Utusan Malaysia

Virus Chandipura di India meningkat

KAKITANGAN kesihatan lengkap dengan peralatan pelindung memindahkan kontak rapat virus Nipah ke pusat pengasingan di hospital kerajaan di Kozikode, di Kerala, India.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebanyak 133 kes virus Chandipura (CHPV) dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Gujarat. 

Sabtu lalu, kes itu dilaporkan semakin meningkat dengan pertambahan 48 kes baharu. 

Sejak beberapa minggu lalu, virus itu menyaksikan peningkatan signifikan di negeri itu.

Sindrom Ensefalitis Akut adalah kumpulan manifestasi neurologi yang serupa secara klinikal yang disebabkan oleh beberapa virus, bakteria, kulat, parasit, spiroket, bahan kimia atau toksin yang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Institut Neurosains di Hospital Dunia Sakra di Bengaluru, Dr. Arjun Srivatsa berkata, virus Chandipura disebarkan melalui gighitan serangga seperti lalat pasir dan nyamuk aedes. 

“Virus ini hidup dalam kelenjar air liur serangga dan boleh menjangkiti sistem saraf pusat yang menyebabkan ensefalitis dan keradangan otak yang teruk. 

“CHPV memberi kesan kepada kanak-kanak di Bawah umur 15 tahun yang menyebabkan penyakit demam dan boleh membawa maut,” katanya lapor Hindustan Times. 

Dr. Arjun berkata, gejala biasa disebabkan virus itu termasuk demam secara tiba-tiba, muntah, keadaan mental yang berubah, sawan, cirit-birit, dan defisit neurologi. 

“Tanda-tanda kerengsaan meningeal, seperti sakit kepala, leher kaku, sensitiviti kepada cahaya, dan sawan, juga biasa.

“Virus ini memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, terutamanya di kawasan luar bandar. 

“Kanak-kanak yang terjejas sering mengalami kemerosotan yang cepat, dengan banyak kematian berlaku dalam masa 48 jam selepas kemasukan ke hospital. Diagnosis dijalankan melalui ujian RT-PCR, pengasingan virus, dan ujian darah untuk mengesan antibody,” katanya. 

Mencegah penyebaran CHPV adalah penting dan melibatkan beberapa strategi Utama, kata Dr. Arjun.  

Beliau mencadangkan usaha perlu ditumpukan untuk mengurangkan populasi lalat pasir melalui pengurusan alam sekitar dan kawalan vektor. 

Perlindungan diri juga penting, termasuk penggunaan penghalau serangga, kelambu dan pakaian berlengan panjang. 

Pendidikan kesihatan awam memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang virus dan kaedah pencegahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya