Ukraine, Russia berlumba-lumba guna dron jadi senjata tempur

Ukraine, Russia berlumba-lumba guna dron jadi senjata tempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DONETSK: Perang antara Ukraine-Rusia di timur laut negara ini menyaksikan dron kini berperanan sebagai senjata tempur utama oleh kedua-dua negara.

Dengan saiz yang kecil, pesawat udara kawalan jauh itu bukan hanya boleh menjalankan misi intipan dengan selamat, malah berpotensi melancarkan serangan di kawasan musuh.

BBC melaporkan, Ukraine atau Russia kini giat membangunkan teknologi dron masing-masing supaya dapat menghasilkan senjata tempur lebih canggih yang tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, dari segi nisbah bilangan dron, Ukraine masih ketinggalan satu berbanding enam dron dengan Russia.

Jelas laporan itu, Russia memiliki dron terkini, Zala Lancet yang mampu mengelak daripada dikesan tentera Ukraine selain mampu terbang sejauh 30 kilometer (km).

Dron itu juga mampu membawa bahan letupan seberat tiga kilogram untuk diletupkan pada bila-bila masa terhadap sasaran sekali gus menjadi ancaman kepada pasukan tentera Ukraine.

Menurut dua syarikat pengawal dron, Yakut dan Petro yang mengawasi operasi tempur Ukraine di medan perang, sebanyak beratus-ratus dron diterbangkan setiap bulan dalam misi ketenteraan dengan hampir kesemuanya digunakan hanya sekali.

Sebuah pertubuhan yang dianggotai persatuan-persatuan dron Ukraine turut menyatakan kesanggupan membekalkan sejuta unit dron kepada pasukan tentera negara ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya