Ubat di Indonesia lebih mahal dari Malaysia - Utusan Malaysia

Ubat di Indonesia lebih mahal dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Harga ubat di Indonesia dilaporkan lima kali lebih mahal berbanding di Malaysia, kata Menteri Kesihatannya, Budi Gunadi Sadikin.

Jelas beliau kepada Kompas.com, perkara itu berlaku antara lain disebabkan ketidakcekapan dalam perniagaan farmaseutikal sehingga berlaku pertambahan harga mendadak yang tidak masuk akal. 

 “Selain itu, kita juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan tentang pembelian peralatan kesihatan dan ubat-ubatan tanpa menjejaskan pendapatan negara,” ujarnya. 

Beliau turut mengakui masalah koordinasi antara kementerian turut mengakibatkan kenaikan harga ubat.

Perkara itu turut mendapat perhatian Presiden, Joko Widodo.

Kompas.com dalam satu artikelnya menyatakan, harga ubat yang melampau dikhuatiri boleh mengakibatkan rakyat sukar mendapat khidmat kesihatan sewajarnya selain daya kuasa beli yang kurang.

Jelas artikel terbabit, kenaikan harga ubat itu kebanyakannya melibatkan jenama terkenal sedangkan kualitinya sama sahaja dengan ubat generik.

Artikel itu menyebut, ubat daripada jenama terkenal menguasai 80 peratus pasaran farmaseutikal Indonesia, mengakibatkan rakyat kurang pilihan mendapatkan ubat yang lebih murah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya