Trump kini stabil, mohon rakyat AS bersatu - Utusan Malaysia

Trump kini stabil, mohon rakyat AS bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjadi mangsa tembakan semasa kempen pilihan raya Presiden AS di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu.

Insiden serangan yang menyebabkan seorang penyokong maut dan dua yang lain cedera parah disiasat sebagai cubaan membunuh. 

Serangan berlaku ketika Trump, 78, baru sahaja memulakan ucapannya di pentas tersebut, sebelum bunyi tembakan kedengaran semasa acara kempen yang terletak kira-kira 48 kilometer dari Pittsburg. 

Menerusi media sosial, Trump berkata, peluru itu menusuk bahagian atas telinga kanannya, sebelum ejen keselamatan membawanya keluar dari lokasi itu.

Sementara itu, penembak yang disyaki cuba membunuh Trump maut selepas ditembak anggota Perkhidmatan Rahsia. 

Suspek dikatakan melancarkan serangan dari kedudukan di tingkat tinggi di luar tempat perhimpunan berkenaan. 

Biro Penyiasatan Persekutuan dan Perkhidmatan Rahsia kini sedang menyiasat kejadian itu.

Saksi yang berada di lokasi kejadian menceritakan situasi kekecohan yang berlaku selepas beberapa bunyi tembakan dilepaskan sehingga orang ramai lari menyelamatkan diri dari tempat itu. 

Presiden AS, Joe Biden mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan keganasan politik yang berlaku. 

Serangan maut itu turut dikecam oleh pemimpin seluruh dunia termasuk Perdana Menteri Britain, Keir Starmer yang menegaskan segala bentuk keganasan politik tidak mempunyai tempat dalam masyarakat. 

Jurucakap Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengutuk tindakan ganas itu dan berharap Trump Kembali sembuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya