BUTTERWORTH : Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu adik lelaki kononnya dia ditahan ah long susulan gagal membayar hutang sebanyak RM35,000, Sabtu lalu. Tertuduh, Ahmad Amsyar Hamizan Ahmad Azmir, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa cuba menipu adik lelakinya yang berusia 17 tahun bahawa dia ditahan ah long dengan tujuan supaya adiknya itu memindahkan wang berjumlah RM35,000 ke dalam milikannya. Dia dituduh melakukan kesalahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya