'Tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya'

‘Tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya’

KIM Pan Gon bercakap ketika sidang media khas di Wisma FAM, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Disebalik urusan peribadi yang ditegaskan Kim Pan Gon menjadi sebab utama peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya namun ada faktor lain yang cuba dirahsiakan pengendali dari Korea Selatan itu.

Meskipun berulang kali ditanya oleh pihak media dalam sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), apakah sebab berkenaan namun Pan Gon mengambil pendekatan untuk tidak menyatakan secara lanjut tetapi menegaskan bahawa ia ‘bahaya’ jika didedahkan kepada umum.

Begitupun, perkara itu telah dikongsi kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tak perlu tanya dia lagi.

“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya.

Terdahulu, Pan Gon sah meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Sepanjang tempoh melatih pasukan sejak Februari 2022 lalu, dia berjaya membawa skuad negara ke pentas Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari lalu serta menaikkan ranking negara dari kedudukan 154 ke 130 dunia.

Berikutan keputusan Pan Gon, bekas pembantunya iaitu Pau Marti Vicente akan menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara sebagai pemangku ketua jurulatih.

Pada masa sama, kedudukan staf kejurulatihan yang lain kekal termasuk E Elavarasan selaku penolong ketua jurulatih, Park Bobae (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Jihyeon Park (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya