Ekonomi melonjak kerana RUU iktiraf perkahwinan sejenis

Thailand yakin undang-undang kahwin sejenis dapat lonjak ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Ekonomi Thailand dijangka menyaksikan gelombang positif susulan hak komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks dan queer (LGBTIQ+) diiktiraf oleh kerajaan, baru-baru ini.

Jun lalu, Senat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) kesaksamaan perkahwinan dan hanya tinggal proses pengesahan diraja sebelum diterbitkan dalam Warta Diraja dan kemudian menjadi undang-undang selepas 120 hari diterbitkan.

Thailand akan menjadi negara Asia Tenggara pertama, diikuti Nepal dan Taiwan.

Dijangka, perkahwinan sesama jantina yang pertama boleh berlaku menjelang akhir tahun ini.

RUU itu menghapuskan istilah yang mengkhususkan jantina dalam undang-undang perkahwinan di Thailand. Sebagai contoh, rujukan kepada suami, isteri, lelaki atau wanita hendaklah digantikan dengan istilah ‘jantina neutral’, seperti pasangan atau orang.

Ia juga memberikan hak yang sama kepada pasangan sesama jantina dalam urusan pengambilan anak, penjagaan kesihatan dan pewarisan.

Thailand bersedia mengharungi gelombang ekonomi pelangi kerana melihat peningkatan perbelanjaan pelancong, bakat demografi dan lokasi baharu, peluang eksport, persekitaran perniagaan dan pelaburan yang lebih mesra. -CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN