Tentera Niger bunuh lebih 100 pejuang

Tentera Niger bunuh lebih 100 militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Operasi udara dan darat yang dilancarkan oleh tentera Niger menyebabkan lebih 100 militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan kumpulan ISIS berjaya ditumpaskan.

Misi itu digerakkan sebagai tindak balas serangan maut terhadap anggota entera berhampiran sempadan Burkina Faso, hujung bulan lalu.

“Operasi memburu dan menjejak lebih ramai pejuang itu masih diteruskan sehingga kini.

“Kami mengesahkan lebih 100 anggota kumpulan itu sudah ditewaskan sehingga hari ini,” katanya.

Pada 25 Jun lalu, serangan membabitkan gabungan kumpulan bersenjata di wilayah Tera di barat Niger, menyebabkan 20 tentera dan seorang awam terbunuh.

Serangan yang tercetus menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN