Tentera Mali, askar upahan Russia bunuh puluhan orang awam

Tentera Mali, askar upahan Russia bunuh puluhan orang awam

IMEJ tangkap layer dari tentera Perancis pada 22 April 2022, yang didakwa dari imej dron menunjukkan tentera Russia menanam mayat di pangkalan Gossi, utara Mali. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Tentera Mali dan askar upahan Russia membunuh berpuluh-puluh orang awam semasa operasi ketenteraan di utara Mali, bulan lalu.

Pertubuhan awam dan anggota masyarakat didakwa Jumaat, ketika lonjakan keganasan selepas junta pemerintah memutuskan perjanjian damai dengan kumpulan pemberontak.

Pembunuhan itu berlaku dari 20 hingga 29 Jun lalu, di Abeibara di wilayah Kidal, kata kumpulan masyarakat sivil dan penduduk.

Tentera Mali berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai dakwaan pembunuhan itu, tetapi memaklumkan operasi ketenteraan berjalan di seluruh negara.

Wilayah itu adalah bekas kubu kuat pemberontakan oleh militan dalam kumpulan etnik Tuareg yang memerangi tentera dalam konflik, yang menyebabkan orang awam menjadi mangsa utama.

Sebahagian daripada militan itu dahulunya bersekutu dengan Al-Qaeda.

Anak Ketua Kampung Abeibara, Hamadine Driss Ag Mohamed memberitahu The Associated Press askar Mali dan pejuang dari kumpulan upahan Rusia Wagner membunuh 46 orang awam.

“Askar Mali dan Wagner menghukum mati lelaki tua kerana mencuri segala yang mereka temukan di kem seperti wang dan barang kemas berharga,” katanya.

Mali dan negara jirannya, Burkina Faso dan Niger sudah lama memerangi pemberontakan oleh kumpulan bersenjata, termasuk ramai yang bersekutu dengan Al-Qaeda dan ISIS. -AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya