Tentera Korea Utara tanam periuk api di sempadan

Tentera Korea Utara tanam periuk api di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Selatan mendedahkan tentera Korea Utara menanam puuhan ribu periuk api baharu di sepanjang kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya mengundang padah apabila tentera Kim Jong Un ramai terkorban akibat terkena periuk api itu.

“Terdapat 10 insiden periuk api meletup yang menyebabkan ramai anggota tentera terkorban.

“Ramai askar dikatakan dipaksa bekerja dalam keadaan yang teruk tanpa cuti hujung minggu atau pertukaran tugas, malah bekerja 12 hingga 13 jam sehari secara purata,” katanya.

Tindakan Korea Utara itu dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan sempadan antara kedua-dua negara.

Pyongyang meningkatkan lagi ujian persenjataan ketika hubungan negara itu semakin akrab dengan Moscow.

Korea Selatan menuduh Korea Utara menghantar senjata ke Moscow untuk digunakan dalam operasi khas ketenteraan di Ukraine. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya