CANCUN: Golongan pelancong yang sedang bercuti di pusat peranginan di pusat peranginan di Semenanjung Yucatan Mexico kini dalam fasa bersiap siaga dilanda taufan Beryl.
Taufan Beryl yang membawa angin kencang selepas melanda Jamaica dan kepulauan Cayman dijangka melanda kawasan itu.
Rakyat Mexico menerima amaran berwaspada mengenai ancaman Beryl, dengan tempat perlindungan disediakan untuk penduduk tempatan dan pelancong.
Di Cancun, orang ramai menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain selama beberapa hari dan terdapat hotel yang menangguhkan operasi demi aspek keselamatan.
Beryl dijangka melanda Semenanjung Yucatan, muncul di atas Teluk Mexico, kemudian tiba di negeri utara Tamaulipas, yang bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS).
Taufan itu menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di kepulauan Cayman.
Di Jamaica, lebih 400,000 orang tidak mempunyai bekalan kuasa akibat ribut itu.
Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS menjelaskan Beryl dikategorikan sebagai ribut Tahap 2, dengan angin 175 kilometer sejam dijangka semakin lemah, ketika ia menuju daratan pada Jumaat di semenanjung.
Ribut itu telah meninggalkan jejak kemusnahan di seluruh Caribbean dan pantai Venezuela, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.
Ia merupakan taufan pertama sejak rekod NHC mula mencapai tahap Kategori 4 pada bulan Jun dan yang paling awal mencapai Kategori 5 tertinggi pada bulan Julai.