FRANKFURT: Tangisan Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti bertukar menjadi tawa riang apabila berjaya membantu Portugal menewaskan Slovenia di pusingan kalah mati dengan penuh dramatik. Ronaldo mempunyai peluang terbaik menamatkan perlawanan lebih awal namun tendangan penaltinya diselamatkan oleh penjaga gol Slovenia, Jan Oblak pada lewat permainan masa tambahan pertama. Bekas penyerang Real Madrid itu ditenangkan Joao Palhinha sambil mengesat air matanya sebelum Ronaldo kembali meneruskan permainan masa tambahan kedua. Penyokong Portugal melaungkan ‘Viva Ronaldo’ selepas melihat Ronaldo tidak dapat mengawal emosinya yang turut ditayangkan pada skrin gergasi di Arena Frankfurt. Selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya