Tanah runtuh di selatan India, ragut 19 nyawa - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di selatan India, ragut 19 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Beberapa insiden tanah runtuh yang berpunca akibat hujan lebat di kawasan berbukit di negeri Kerala, selatan India sehingga mengorbankan 19 orang.

Menteri Perhutanan Negeri, A K Saseendran berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kekangan selepas sebuah jambatan utama di kawasan berkenaan runtuh.

“Situasi adalah serius dan kerajaan mengarahkan semua agensi untuk membantu operasi SAR.

“Pasukan tentera bertungkus-lumus membina sebuah jambatan sementara, selepas sebuah jambatan di daerah itu yang menghubungkan kawasan terjejas dengan bandar terdekat, Chooralmala, musnah,” katanya.

Akhbar Indian Express melaporkan ratusan mangsa dikhuatiri terperangkap, manakala, 19 termasuk kanak-kanak terkorban.

Rakaman disiarkan televisyen menunjukkan air lumpur mengalir deras, banyak pokok tumbang serta kediaman musnah.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN