Taiwan laksana latihan perang - Utusan Malaysia

Taiwan laksana latihan perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan semalam memulakan latihan ketenteraan besar-besaran melibatkan orang awam, sebagai persediaan jika negara ini diserang oleh China pada masa akan datang.

Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan, latihan tentera tahunan Han Kuang dan Wan An yang berlangsung selama lima hari itu dilaksanakan berdasarkan situasi tempur sebenar.

“Latihan ini akan menguji kemampuan sebenar ketenteraan kami.

“Orang awam turut terlibat. Mereka perlu mencari tempat perlindungan apabila mendengar bunyi siren,” jelas kementerian tersebut seperti laporan agensi berita Focus Taiwan.

Latihan ketenteraan kali ke-47 itu dilaksanakan di sebuah pelabuhan di utara bandar Taoyuan, pinggir Taipei.

Selain bertujuan menguji kemampuan ketenteraan negara, ia juga mampu meningkatkan kesedaran orang awam untuk mengambil langkah sepatutnya jika perang betul-betul berlaku.

Tambah kementerian itu lagi, latihan tersebut juga akan melihat sejauh mana Taiwan mampu melindungi infrastruktur penting di seluruh negara.

Latihan berkenaan juga dibuat berikutan ancaman berterusan oleh China termasuk tindakan Beijing yang menempatkan kapal-kapal perang berhampiran perairan negara ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya