PETALING JAYA: Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh membuktikan kelasnya tersendiri di bumi Paris apabila mencatat rekod peribadinya yang baharu, hari ini. Atlet berusia 23 tahun itu mencatat 663 mata secara keseluruhan sekali gus meraih kedudukan ke-14 pada aksi kelayakan memanah individu wanita. Beliau mengatasi pencapaian terbaiknya sebelum ini dengan 649 mata. Rekod peribadinya yang baharu itu hanya kurang enam mata dari rekod kebangsaan iaitu 669 mata yang diperoleh Ariana Nur Dania Mohamad Zairi ketika Piala Dunia Memanah Stage 3 di Antalya, Turkiye, bulan lalu. Pemanah kelahiran Segamat itu dalam kedudukan 20…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya