Suplemen beracun, eksekutif syarikat Jepun letak jawatan

Suplemen beracun, pengerusi dan presiden syarikat Jepun letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pengerusi dan Presiden syarikat farmaseutikal, Kobayashi Pharmaceutical Co (Kobayashi) hari ini meletak jawatan susulan satu skandal membabitkan kematian 80 pengguna produk makanan tambahan mereka yang didakwa boleh mengurangkan paras kolesterol.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan ahli lembaga syarikat hari ini, peletakan jawatan oleh Pengerusi, Kazumasa Kobayashi dan Presiden, Akihiro Kobayashi itu dibuat berikutan kegagalan
mereka memberi keutamaan kepada keselamatan pengguna serta gagal bertindak pantas untuk mengawal keadaan.

“Keputusan ini diambil bagi memperlihatkan rasa tanggungjawab syarikat berhubung isu makanan tambahan mengandungi beras yis merah atau ‘beni koji’ yang mengakibatkan kematian ramai pengguna,” jelas kenyataan tersebut dalam laporan AFP.

Pada 22 Mac lalu, Kobayashi mengumumkan penarikan semula balik tiga jenis tablet yang mengandungi ‘beni koji’ selepas ratusan pelanggan dilaporkan mengalami masalah buah pinggang sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Tindakan itu dibuat selepas syarikat berkenaan mengesan asid berpotensi toksik yang dihasilkan oleh acuan di sebuah daripada kilangnya.

Beras yis merah berasal daripada beras yang ditapai secara acuan.

Ia digunakan dalam makanan, minuman beralkohol dan ubat tradisional selama berabad-abad di seluruh Asia Timur.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) April lalu mengesahkan suplemen kesihatan keluaran syarikat itu tidak berdaftar di Malaysia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN