Suami Bunga Citra Lestari (BCL), Tiko Aryawardhana membuat laporan polis terhadap bekas isterinya, Arina Winarto atas dakwaan mengakses data elektronik milik orang lain tanpa izin.
Laporan tersebut dibuat di ibu pejabat polis Metro Jaya, Jakarta dan disahkan oleh Ketua Polis Metro Jaya Ade Ary Syam Indradi,.
Sementara, pengacara Tiko, Irfan Aghsar, mengatakan Arina diduga mengakses data milik Tiko pada 2022. Saat itu,
Arina didakwa mengambil laptop milik Tiko secara paksa yang mana di dalamnya mempunyai fail-fail berkaitan perniagaan dan gambar serta hak milik lagu-lagu yang merupakan pelaburan Tiko untuk komersial. – IDN Times