Singapura terima ancaman Jemaah Islamiyah? - Utusan Malaysia

Singapura terima ancaman Jemaah Islamiyah?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri memberi amaran ancaman pengganas di negara ini adalah tinggi dan akan menjadi sasaran kumpulan itu.

Oleh itu, pihak kementerian menggesa orang ramai sentiasa berjaga-jaga dan menghubungi pihak polis atau Jabatan Keselamatan Dalaman sekiranya terlihat individu atau aktiviti mencurigakan.

“Terdapat risiko dalam tempoh terdekat ‘sel serpihan pengganas’ yang timbul selepas pembubaran kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

“Kesan jangka panjang belum dapat dilihat,” katanya lapor Channel News Asia.

Sebagai contoh, ideologi radikal JI termasuk matlamat untuk menubuhkan sebuah khalifah Islam di Asia Tenggara melalui perjuangan bersenjata, berkemungkinan akan menarik minat sesetengah individu atau kumpulan.

Pada 30 Jun lalu, pemimpin JI di Indonesia mengumumkan pembubaran kumpulan itu semasa acara yang dianjurkan oleh skuad anti-keganasan polis Indonesia.

Untuk rekod, kumpulan itu adalah dalang di sebalik serangan pengganas paling maut di Asia Tenggara, termasuk pengeboman Bali 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang. -CNA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya