Singapura diancam wabak selesema burung? - Utusan Malaysia

Singapura diancam wabak selesema burung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura memberi amaran supaya tidak menyentuh atau memberi makan kepada burung dan ayam liar sebagai langkah berjaga-berjaga dijangkiti influenza atau selesema burung, bulan lalu. 

Seminggu kemudian, Amerika Syarikat (AS) menyalurkan dana berjumlah AS$176 juta (RM829 juta) kepada syarikat gergasi farmaseutikal, Moderna bagi membangunkan vaksin selesema burung. 

Penghasilan vaksin itu menggunakan teknologi mRNA sama seperti suntikan Covid-19 Ketika pandemic merebak empat tahun lalu. 

APAKAH ITU SELESEMA BURUNG?

Ia adalah virus yang ditemukan sejak 150 tahun lalu, sekitar tahun 1,800 dan merebak menerusi penghijrahan burung air. 

Virus itu juga merebak di ladang haiwan dan pusat ternakan tempatan yang boleh menyebabkan kematian atau jatuh sakit. 

Bagaimanapun, kes jangkitan dalam kalangan manusia adalah sangat jarang, namun ia boleh menyebabkan ancaman nyawa yang teruk.

Virus selesema burung yang paling banyak menjangkiti manusia adalah H5N1 dan H7N9. 

KENAPA JADI PAPARAN BERITA?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menzahirkan kebimbangan mengenai H5N1 yang semakin merebak. 

Virus itu membunuh ratusan juta haiwan ternakan di peringkat global dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga menjejaskan rantaian bekalan makanan.

Ia membunuh atau membawa kepada pemusnahan ratusan juta ayam di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mengganggu rantaian bekalan makanan dalam beberapa kes. 

Virus itu semakin menjangkiti haiwan mamalia seperti alpaca dan kucing yang dibela di rumah. Sedangkan, sebelum ini, haiwan itu tidak pernah difikirkan akan terdedah dengan virus itu. 

Di AS, virus itu menyerang lebih 130 kawanan lembu dan tiga pekerja tenusu.

Sementara itu, Australia sedang memerangi wabak di 11 kemudahan pertanian, semuanya melibatkan strain virus berbeza daripada H5N1. 

Serangan itu menyebabkan kekurangan telur dan mendorong syarikat makanan segera, McDonald’s mengurangkan masa perkhidmatan sarapan pagi selama 1.5 jam.

Kes jangkitan manusia lain turut dilaporkan di Mexico, India dan China. Tiada contoh virus yang diketahui di Singapura, setakat ini.

Penyelidik menunjukkan perubahan iklim sebagai faktor penyebaran, dengan suhu yang berubah-ubah mengubah corak migrasi dan pembiakan burung.

Pakar dari Fakulti Perubatan Duke-NUS, Prof. Ooi Eng Eong berkata, pemusnahan habitat dan pembandaran juga meningkatkan hubungan manusia dengan haiwan. 

“Keupayaan kami untuk mengesan virus itu juga bertambah baik. Kami mempunyai lebih banyak alat pengesan. 

“Kami dapat mengesan ia sejak 50 tahun lalu, walaupun ketika itu mungkin virus itu tidak pernah didengari,” katanya. 

MASIH SELAMAT

Bagaimanapun, bekalan ayam, telur dan susu diyakini masih selamat untuk diambil oleh semua rakyat di Singapura, kata Ooi. 

Agensi Makanan Singapura juga mengawal ketat import dan memastikan sumber luar negara mengikut protocol biosekuriti. 

Tahun lalu, contohnya,Singapura menggantung import ayam mentah dan produk ayam dari beberapa negara yang terjejas oleh wabak H5N1. 

Kementerian Kesihatan Singapura menasihatkan pelancong supaya tidak berkunjung ke pasar burung atau ladang tenusu semasa berada di luar negara dan tidak mengambil daging atau susu mentah. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya