Singapura catat 13 kematian denggi - Utusan Malaysia

Singapura catat 13 kematian denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Sebanyak 13 kematian akibat demam denggi dilapor di Singapura dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, peningkatan sekali ganda berbanding tahun lalu.

Data terkini tinjauan denggi oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menunjukkan, seramai enam kematian dicatat dari April hingga bulan lalu.

Tujuh kematian yang lain berlaku dalam suku pertama tahun ini.

Singapura mencatat enam kematian akibat denggi tahun lalu dan 19 kematian pada 2022, ketika berlakunya wabak denggi.

Lebih 10,100 kes dilaporkan tahun ini, melebihi jumlah keseluruhan yang dicatat sepanjang 2023.

Peningkatan tiga kali ganda itu berlaku minggu lalu dari 14 hingga 20 Julai apabila sebanyak 236 kes dikesan.

Musim denggi biasanya memuncak dari Mei hingga Oktober.

Menurut laporan NEA, sejumlah 4,090 kes denggi dilaporkan pada suku kedua tahun ini, merosot 20.8 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya