Shuib tiada niat buka aib, sekadar kongsi pengajaran

Shuib tiada niat buka aib, sekadar kongsi pengajaran

SHUIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib, tidak berniat mahu membuka pekung di dada sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman hidup sebagai pengajaran.

Namun begitu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mengakui kesilapan dan akan lebih berhati-hati melakukan perkongsian selepas ini.

“Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

“Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika mengulas mengenai perkongsiannya pernah bermain judi yang tular semasa mengelola audiosiar Dol’s Podcast.

Dalam pada itu, Shuib turut mengajak orang ramai agar menonton perkongsian itu secara penuh agar dapat menjernihkan salah faham.

“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

“Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.

“Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.

“Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran,” katanya.

Sebelum ini, Shuib membuat pendedahan pernah ketagih melakukan aktiviti perjudian.

Selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000, dia pernah dikepung dengan beberapa orang gangster.

Sebelum ini, Shuib membuat pendedahan menerusi sesi podcast Dol’s Podcast bahawa dia pernah terlibat dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN