PARIS: Seramai 800,000 penumpang terjejas akibat laluan kereta api berkelajuan tinggi di Perancis menjadi sasaran oleh penyerang yang berniat jahat menjelang Majlis Perasmian Sukan Olimpik Perancis.
Ancaman itu disifatkan sebagai ‘sabotaj terancang’ bagi mengganggu kelancaran acara berprestij yang menghimpunkan atlet dari seluruh dunia.
Perkhidmatan kereta api, Eurostar di Perancis serta dari Paris dilencongkan dan beberapa perkhidmatan kereta api lain ditangguhkan perjalanan akibat serangan terancang, hari ini.
Insiden yang tercetus beberapa jam sebelum majlis berskala mega itu menimbulkan keresahan ramai.-BBC