Sempadan Lubnan-Israel tegang, PBB gesa sekatan maksimum

Sempadan Lubnan-Israel makin tegang, PBB gesa sekatan maksimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Penyelaras Khas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Lubnan dan Ketua Pengaman PBB di negara sama menggesa sekatan maksimum di sempadan Lubnan-Israel. 

Arahan itu susulan serangan maut di perkampungan Majdal Shams sehingga mencetuskan ketegangan. 

Terdahulu, serangan roket di atas padang bola sepak di perkampungan Druze di Bukit Golan yang diduduki oleh Israel meragut 12 nyawa termasuk kanak-kanak, pada Sabtu. 

Sehingga kini, belum jelas kenapa sistem pertahanan Israel gagal menghalang dan memintas serangan roket itu.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada insiden itu melibatkan dron, roket atau peluru berpandu lain.

Tentera Israel menuding jari terhadap pejuang Hezbollah dan mengancam untuk melancarkan perang terhadap Lebanon.

Menteri Luar Israel, Yisrael Katz berkata, Tel Aviv membuat persiapan untuk melancarkan serangan berskala penuh di bahagian utara Hezbollah.

Bagaimanapun, Hezbollah menafikan penglibatan oleh mana-mana pejuangnya.

Media Lubnan menyifatkan insiden di Majdal Shams adalah kesilapan Israel sendiri ataupun tindakan yang sengaja dilakukan untuk mengeksploitasi situasi politik dan ketenteraan.

Ia kebetulan semasa kunjungan rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Washington. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya