Selangor, Terengganu kekal 'bernyawa' di Piala FA

Selangor, Terengganu kekal ‘bernyawa’ di Piala FA

PEMAIN-Pemain Selangor meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA selepas menang ke atas Kuching City di Stadium Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC dan Terengganu FC melengkapkan kuota empat pasukan yang terus ‘bernyawa’ dalam pemburuan Piala FA musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing.

Bagaimanapun, Selangor terpaksa bekerja keras sebelum mampu menjinakkan Kuching City untuk meneruskan kemaraan menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti.

Terdahulu, skuad kendalian Nidzam Jamil tewas 2-1 pada aksi pertama suku akhir minggu lalu sebelum mencipta kemenangan 3-2 pada aksi timbal balik untuk mengikat agregat 4-4 sebelum menewaskan lawan 5-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil menghamburkan pujian kepada pemainnya apabila mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk melakar kemenangan penuh dramatik itu.

“”Perlawanan ini gila. Saya tidak tahu nak cakap apa. Debarannya, usaha pemain…jangan ditanya mengenai taktikal apabila kami terpaksa bermain sembilan orang menentang pasukan yang bagus seperti Kuching City.

“Saya fikir pemain beri 100 peratus usaha sebab mereka memang mahu memberikan kemenangan untuk penyokong. Kami memang mahu layak ke separuh akhir. Kami bermain untuk penyokong,” katanya.

Akhyar Rashid (kiri) dan Safawi Rasid masing-masing berjaya mencetak nama sebagai penjaring ketika aksi suku akhir kedua Piala FA Terengganu FC menentang Sabah FC di Stadium Likas. kelmarin.-IHSAN TFC

Sementara itu, Terengganu pula mara ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mencatat agregat 7-0 ke atas Sabah selepas kemenangan 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan 3-0 di Stadium Likas kelmarin.

Bagi Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbrucker, dua gol awal diperolehi pemainnya membuat corak permainan berubah susulan mereka sudah berasa selesa.

“Dua gol dalam separuh masa pertama malam ini (kelmarin) sudah menunjukkan keputusan siapa pemenang (aksi suku akhir Piala FA) dan selepas itu kami tidak lagi bermain dengan kekuatan penuh.

“Saya boleh berpuas hati dengan corak bertahan tetapi secara jujur saya beranggapan Sabah juga layak mendapatkan gol. Namun, mereka terlepas empat atau lima peluang yang baik,”ujarnya.

Untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA dijadualkan berlangsung pada 20 Julai menyaksikan Kedah melayan kunjungan JDT di Stadium Darul Aman manakala Selangor berkunjung ke gelanggang lawan berdepan Terengganu.

Manakala untuk perlawanan timbal balik dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos depan bagi menentukan pasukan mana bakal beraksi di final yang bakal dilangsungkan pada 24 Ogos kelak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya