BEIJING: Tinjauan platform pencarian kerja di China, Zhaopin mendapati permintaan bagi sektor pekerjaan kolar biru melonjak 3.8 kali ganda bagi suku tahun pertama, berbanding tempoh sama pada 2019.
Pekerjaan kolar biru merujuk aktiviti pekerjaan manual seperti petugas penghantar makanan, pemandu trak, pelayan dan juruteknik.
Permintaan bagi pekerjaan sebagai penghantar makanan menyaksikan peningkatan drastik sebanyak 800 peratus selepas tiga tahun pandemik Covid-19 berlalu.
Kadar bayaran bagi golongan pekerja kolar biru menarik lebih ramai individu untuk memilih pekerjaan yang tidak pernah dipilih sebelum ini.
Ledakan fenomena beli belah dalam talian menyaksikan gaji purata bulanan untuk pekerja penghantaran 45.3 peratus pada 2019, bersamaan 5, 581 yuan (RM3,599) kepada 8,109 yuan (RM5,229), berdasarkan tinjauan tu.
Ketika ekonomi semakin lembap, peluang bagi lepasan universiti memasuki sektor pekerjaan profesional dilihat semakin sukar serta persaingan yang terlalu kompetitif dalam pasaran kerja.
Hasil tinjauan mendapati bilangan individu berusia bawah 25 tahun yang memohon pekerjaan dalam kolar biru bagi suku pertama tahun ini, melonjak 165 peratus berbanding 2019.
Kadar pengangguran di China bagi individu berusia 16 hingga 24 tahun, meningkat 21.3 peratus pada Jun 2023, berdasarkan Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).
Kira-kira 62 juta pelajar yang tugas utamanya adalah belajar di sekolah atau univerisiti sudah mencari pekerjaan ketika usia berkenaan.
Seorang pegawai tadbir di sebuah syarikat gergasi teknologi terbesar di China, Leon Li sanggup berhenti kerja walaupun ketika itu memiliki gaji yang stabil, Februari lalu.
Wanita itu rela memilih bekerja sebagai tukang cuci membersihkan rumah kerana tidak mahu berada dalam suasana dan persekitaran pejabat yang mempunyai tekanan yang tinggi.
“Saya suka pekerjaan ini. Apabila taraf hidup bertambah baik di seluruh negara, permintaan untuk perkhidmatan mengemas rumah juga melonjak dengan pasaran yang sentiasa berkembang,” kata Li yang menetap di pusat bandar Wuhan. -CNN