Saintis Jepun cipta wajah robot 'tersenyum' guna kulit hidup

Saintis Jepun cipta wajah robot ‘tersenyum’ guna kulit hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Penyelidik Universiti Tokyo berjaya membangunkan sel kulit manusia menjadi bentuk muka dan menggunakan lampiran seperti ligamen yang tertanam untuk menariknya ke dalam senyuman lebar.

Penyelidikan itu menggunakan kaedah melekatkan tisu kulit hidup pada muka robot dan menjadikannya seperti ‘tersenyum’.

Perkembangan terkini dalam bidang penyelidikan merupakan satu kejayaan yang berpotensi digunakan dalam kosmetik dan perubatan.

Meskipun, hasilnya mungkin kelihatan menakutkan, namun Ketua Penyelidik, Shoji Takeuchi berkata, ia merupakan satu langkah terkehadapan dalam usaha mencipta lebih banyak robot yang kelihatan ‘hidup’.

“Sehingga kini, tiada siapa yang tahu cara membuat kulit hidup bergerak, jadi saya fikir dengan melampirkan penggerak dan penambat ini, ia boleh memanipulasi kulit hidup buat kali pertama.

“Ini adalah teknologi baharu yang kami bangunkan,” katanya di kampus Universiti Tokyo.

Robot tersenyum itu, dipaparkan dalam kajian yang diterbitkan secara dalam talian oleh Cell Reports Physical Science bulan lalu.

Ia adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Takeuchi dan makmalnya tentang cara menggabungkan mesin biologi dan buatan.

Jelasnya, tisu hidup mempunyai banyak kelebihan berbanding logam dan plastik kerana mempunyai kecekapan tenaga otak dan otot. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya