MOSCOW: India dan Russia memperkukuh kerjasama kerana Moscow merupakan pembekal minyak mentah terbesar dan sumber utama kelengkapan tentera di New Delhi.
Hubungan bilateral itu terjalin sejak 20 tahun lalu, dan bekas kolonial British itu merupakan negara ahli Dialog Keselamatan Segiempat (Pakatan Quad).
Dialog keselamatan strategik itu terdiri dari Australia, India, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang dikekalkan melalui perbincangan antara negara anggota.
Nandan Unnikrishnan yang mengetuai program Eurasia di Yayasan Penyelidikan Pemerhati di New Delhi berkata, pihaknya menyanjung tinggi Moscow kerana memainkan peranan penting dalam mengekalkan multipolarity di Asia.
‘Multi-polarity’ secara amnya merujuk kepada pengagihan kuasa dengan wujud pelbagai pusat kuasa atau pengaruh.
Istilah ini boleh digunakan dalam pelbagai konteks melibatkan hubungan antarabangsa, fizik dan kejuruteraan serta ekonomi dan perniagaan.
“Russia adalah kuasa besar. Ia adalah ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempunyai kuasa veto.
“Kuasa veto di India sudah dilaksanakan beberapa kali dan memihak kami pada masa lalu.
“Russia adalah negara terbesar di dunia. Ia mempunyai sejumlah besar sumber asli dan kita adalah ekonomi yang sedang berkembang.
“Tidak lama lagi, kita memerlukan jumlah sumber asli yang lebih besar. Jadi, atas pelbagai sebab, Russia adalah tersangat penting buat India,” katanya.
Perdana Menteri India, Narendra Modi akan bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin minggu depan,walaupun ketika operasi ketenteraan khas di Ukraine belum berkesudahan.
Modi berada di Moscow sejak semalam hingga 9 Julai, sempena edisi ke-22 Sidang Kemuncak India-Russia yang dihoskan secara bergilir-gilir antara kedua-dua negara. -AGENSI