Russia mampu halang bekalan peluru berpandu AS ke Eropah

Russia mampu halang bekalan peluru berpandu AS ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Negara Eropah berada dalam risiko sekiranya menerima peluru berpandu buatan Amerika Syarikat.

Perkara itu ditegaskan oleh Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menerusi siaran video, baru-baru ini.

Disoal oleh wartawan Russia, Pavel Zarubin mengenai kebarangkalian AS membekalkan peluru berpandu hipersonik ke Eropah, Peskov berkata, pihaknya mempunyai kemampuan untuk mengesan alatan persenjataan itu.

“Negara Eropah adalah mangsa yang berpotensi.

“Sejarah Perang Dingin pernah membuktikan. Sekiranya berlaku, Eropah hanya mahu mengulangi semula sejarah yang pernah tercipta semasa Perang Dunia Kedua,” katanya. 

Semasa Perang Dingin, peluru berpandu Amerika yang berpangkalan di Eropah disasarkan ke Rusia. 

Peluru berpandu Russia pula disasarkan ke Eropah sebagai serangan balas sehingga menjadikan negara benua itu mangsa utama dalam konflik berkenaan. -REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya